Dapur aku berasap harini ! Yea !
Hehe.... Choyy , bukan sebab terbakar lah !
Tapi disebabkan tangan aku yang rajin rasanya nak memasak harini.... :)
Haa , gelak kan lah aku kann ? Huhh !
Ape ? Ingat aku ny tak gheti ke nak masak ? *berlagak lah pulak.....
Setakat makan sendiri tu boleh lah... Bedal aje janji perut tak kosong.....
Itu pun search dulu resipi dekat google.. Ahaks , kantoi ! *atleast aku jujur....
Budak baru belajar lah kata nye..... ;)
Okayy , menu aku untuk harini "DAGING MASAK BLACK PEPPER"
Auum ! Menu dah sedap kann didengar ? Tapi hasilnya , entah lah !
Kalau tanya tekak aku sedappppp aje ! Hehe..
Makan dengan nasi panas-panas ditambah pulak dengan side menu "TELUR DADAR"...
Marvelous ! :) Tarrrra !!!!!
daging black pepper
Nyummy ! Nampak menarik takk ?
Heyy ! Lap air liur kaurang tu... Lapar ea ?
Okkay , kat sini aku sertakan sekali resipi untuk masak menu ny...
Mudah je.... Kaurang cuma perlukan....
1. daging lembu
2. lada benggala hijau (untuk hasil lebih menarik)
3. lada merah (buang biji & dihiris panjang-panjang)
4. serbuk lada hitam
5. sos tiram
6. kicap manis
7. garam
8. gula
9. bawang holland (dipotong bulat)
Cara-caranya :
1. Rebus daging lembu tadi (supaya lebih empuk & tidak liat) setelah siap direbus , toskan airnya dan hiris daging tersebut mengikut citarasa masing-masing
2. Panaskan minyak dalam kuali untuk menggoreng daging yang telah siap dihiris , kemudian angkat . (tak payah goreng lama-lama sebab tadi kan dah rebus)
3. Ambik 4 sudu besar daripada lebihan minyak menggoreng daging tadi untuk menumis.
4. Masukkan serbuk lada hitam , tumis hingga wangi , kalau rasa nak pedas letak banyak sikit..kemudian masukkan lada merah
5. Masukkan sos tiram , kicap manis , gula & garam secukup rasa
6. Setelah sebati , masukkan daging & gaul rata
7. Taburkan bawang holland sebagai hiasan akhir
8. Gaul rata & angkat
9. Siap dihidang !
Selamat mencuba ! Sedap bila dimakan panas-panas ! :)
p/s : tengah nak belajar memasak ny... gambar telur dada tak sempat nak snap !
No comments:
Post a Comment