Haa , rasa nak berkongsi sedikit ilmu pengetahuan aku dengan kaurang.....
Sumber ny aku dapat dari salah satu majalah....
Ehh Choyy ! Bukan majalah Playboy lah... Ape seyh...
No , no , no ! Mamy tak ajar benda tu . ;)
Ade lah satu majalah ny...
Mula-mula baca tajuk besar dia buat aku rasa macam "Wowww !"
Then baca pulak tajuk-tajuk kecik dia macam "Herm , intersting" *mesti baca ny...
Okayy , ape yang aku nak kongsi dengan kaurang ialah......
Ehh ! Jap! Jap ! Sesiapa yang berumur 18 tahun ke bawah tak digalakkan baca entry ny...
Hanya untuk 18SX ! Harap maklum.....
Kalau nak baca jugak , mintak izin umi dengan walid dulu ye.. :)
Aku taknak bertanggungjawab ! *sambil angkat tangan...
*
*
*
*
*
6 RAHSIA DI SEBALIK KUCUPAN ! :)
Amboihh... Sukanya dia....Okayy stop !
1. Pasangan Rasa Lebih Dihargai
Sama ade sedar atau tak , ciuman mampu mengangkat harga diri. *woot woot ! Jangan suka-suka kaurang tibai cium orang sana sini pulak... Isteri/pasangan berasa lebih dihargai dan dicintai apabila suami/pasangan mengucupnya penuh mesra.. Secara tak langsung , masalah yang mungkin bersarang di kepalanya dapat dilepaskan hanya dengan satu ciuman.. Mudah bukan ?
2. Bakar Kalori
Dikatakan , ciuman mampu membakar dua ke tiga kalori selama mana anda berkucupan. *bagi yang bersaiz besar tu , kaurang jangan cium lama-lama pulak semata-mata nak bakar kalori kaurang yang bertan-tan tu.. Huhu.. Lemas karang partner kaurang... Dun be too selfish okayy ! :) Selain meningkatkan metabolisme , kajian juga manunjukkan bahawa ciuman penuh ghairah yang dilakukan sekurang-kurangnya 20saat mampu menurunkan berat badan. *maaf jika ade perkataan yang tak sepatutnya ade , copy paste je ny....
3. Wajah Kembali Awet Muda
*Ahha ! Ny siapa-siapa yang rasa muka dah berkedut seribu , mesti suka kann ? Weee~ Inginkan wajah awet muda ? *Ecehh , dah macam iklan lah pulak.. Kucuplah pasangan anda kerana ia sangat membantu untuk menegangkan pipi sekali gus menjaga otot-otot di wajah.. Dikatakan , berkucupan mampu menggerakkan 30 otot wajah untuk bekerja selain meningkatkan perjalanan darah pada kulit hingga membuatkan ia kekal sihat sentiasa... *Wahhh... Cik Senah , senyum sorang-sorang nampak.... ;)
4. Kurangkan Tekanan
Kucupan mampu hilangkan tekanan selain mengurangkan ketegangan dan tenaga negatif yang mengalir dalam badan.. Dari situ , anda dan pasangan akan berasa lebih tenang dan mendamaikan kesan dari penurunan kadar hormon kortisol dalam darah... *So , kalau rasa stress tu , pergi terkam partner kaurang cepat-cepat ye... ;) berani ??
5. Membantu Pesakit Jantung
*Huhh ? Pelik bukan ? Tapi ini berita gembira buat pesakit jantung.. Apabila anda mengucup pasangan , ia mampu meningkatkan kadar pengaliran adrenalin yang membuatkan jantung mengepam lebih banyak darah ke seluruh tubuh... Ciuman yang teratur juga dikatakan dapat menstabilkan aktiviti jantung sekali gus menurunkan kadar tekanan darah dan kolestrol dalam badan.. *Haa , good news ny bagi yang menghidap penyakit jantung.. Tapi sesiapa yang ade partner yang menghidap penyakit ny , kaurang jangan terlebih cium pulak , karang silap haribulan takut penyakit tu makin serious , bukan makin baek.. Hehe :)
6. Hilangkan Perasaan Cemas
Sekiranya anda bimbang dan gelisah , carilah pasangan dan pegang tangannya . Kucup pasangan penuh cinta dan rasakan bilamana perasaan cemas dan gelisah itu hilang begitu sahaja.. *Jangan pulak kaurang saja-saja buat gelisah atau cemas semata-mata nak cium punya pasal.. Tu dah kes lain... Dah kira mengambil kesempatan... Ini terjadi kerana ciuman berupaya meningkatkan kadar oksitosin dalam darah sekali gus mencetuskan kedamaian dan ketenangan pada diri... :)
Actually aku taktau nak buat entry ape , sebab aku takde idea.... So , konon nye nak nampak lah yang blog aku ny ber-up-date , aku pun ambek lah satu artikel ny sebagai entry aku kali ny... So , jangan lah fikir bukan-bukan ye... Posting kali ny bukan aku nak bangga-banggakan pasal rahsia kucupan ny , sekadar berkongsi ilmu.. Tak salah kann ? So , jangan suka-suka nak label aku dengan benda or words yang negative okayy ? Thank You ! :)
p/s : dont judge a book by its cover darling :)